Kandungan Jurnal

mail mail

Kandungan Jurnal

PIAGAM PELANGGAN

  1. Menyelaras penyediaan cadangan Belanjawan dan Siling Projek Pembangunan Rancangan Malaysia (RMK) Lima (5) Tahun di bawah peruntukan Negeri melalui Mesyuarat Perancangan Pembangunan Projek sekurang-kurangnya satu (1) kali setahun;
     
  2. Memantau Prestasi Perbelanjaan dan Fizikal Projek Pembangunan Rancangan Malaysia (RMK) Lima (5) Tahun di bawah peruntukan Negeri melalui Mesyuarat Pemantauan Prestasi Projek sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun;
     
  3. Menyediakan Perancangan Strategik Ekonomi Negeri satu (1) kali setiap 5 tahun dan Laporan Ekonomi setiap tahun serta Data Asas Negeri setiap dua (2) tahun;
     
  4. Memantau pertumbuhan ekonomi dan pelaburan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Perindustrian dan Pelaburan sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun; dan
     
  5. Memastikan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) bagi Permohonan Pelaburan dimaklumkan kepada pelabur dalam tempoh empat belas hari (14) bekerja selepas cabutan minit diterima.