Kandungan Jurnal

mail mail

Kandungan Jurnal

PENGENALAN PERKHIDMATAN MyID

 

Maklumat Perlaksanaan Perkhidmatan MYID Negeri Pahang

MYKAD adalah dokumen pengenalan diri bagi seseorang warga negara Malaysia. Nombor MyKad adalah nombor pengenalan diri yang unik bagi seseorang warga negara dan menjadi maklumat penting yang akan diperoleh dan disimpan oleh agensi kerajaan apabila seseorang warga negara sebagai individu berurusan dengan agensi kerajaan.

Namun begitu, pada masa kini, masih ada perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan berkaitan dengan individu menggunakan nombor rujukan lain selain nombor MyKad. Contohnya bila berurusan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), individu mesti memberikan nombor rujukan masing-masing.

Sebagai usaha untuk terus mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan dan selaras dengan konsep '1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan', kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, memperkenalkan inisiatif yang dikenali sebagai MyID.

Objektif utama inisiatif ini adalah untuk memudahkan warganegara Malaysia sebagai individu semasa berurusan dengan pelbagai agensi kerajaan.

MyID adalah satu inisiatif yang menggunakan nombor MyKad sebagai nombor rujukan tunggal untuk warga negara Malaysia yang berurusan sebagai individu dengan agensi-agensi kerajaan.

MyID amat penting kerana ia hanya menggunakan satu nombor bagi seseorang warga negara untuk berurusan secara individu dengan pelbagai agensi kerajaan. Ini membolehkan urusan dengan agensi kerajaan menjadi lebih mudah dan cepat.

Semua agensi kerajaan dikehendaki melaksanakan MyID. Sehubungan itu agensi kerajaan dikehendaki mengambil tindakan segera ke arah melaksanakan inisiatif MyID bagi semua perkhidmatan yang membabitkan warga negara sebagai individu.

Tidak semua perkhidmatan termasuk dalam inisiatif ini. Ia hanya bagi perkhidmatan yang membabitkan warga negara sebagai individu dan perkhidmatan pada masa kini mempunyai nombor rujukan tertentu yang digunakan apabila rakyat menyemak status permohonan dan sebagainya.

Pelaksanaan MyID tidak terpakai bagi perkhidmatan yang tidak menjana nombor rujukan, contohnya, pemberian borang permohonan dan sebagainya.

Maksud 'warga negara Malaysia berurusan sebagai individu dengan agensi kerajaan' adalah warga negara yang berurusan dengan kerajaan sebagai orang perseorangan dan bukan atas nama syarikat.

Pelaksanaan MyID adalah khusus kepada individu warga negara Malaysia saja. Bagaimanapun, jika perkhidmatan yang ditawarkan oleh agensi membabitkan warganegara asing sebagai individu, maka agensi boleh dan digalakkan menggunakan nombor pengenalan diri individu terbabit sebagai nombor rujukan seperti nombor pasport dan sebagainya.

Halaman: 1  2