Kandungan Jurnal

mail mail

Kandungan Jurnal

  • Model 3

Model ini terpakai kepada agensi-agensi yang kecil yang tidak mempunyai anggota teknikal yang mencukupi untuk mengendali dan mengurus insiden. Bagi agensi-agensi ini, pengurusan insiden keselamatan ICT akan dikendalikan oleh GCERT MAMPU dan mereka boleh terus melaporkan sebarang insiden kepada GCERT MAMPU.

gcertmampu

3.2 Melalui Perbincangan Pelaksanaan GCERT Negeri Pahang, telah bersetuju menggunakan Model 1 untuk dilaksanakan di Negeri Pahang dan ia juga telah dipersetujui oleh wakil dari MAMPU.

3.3 Model 1 digunakan kerana terdapat Jabatan yang tidak mempunyai Pegawai Teknologi Maklumat seperti Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang, Jabatan Pertanian Negeri Pahang, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pahang, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang dan beberapa Jabatan serta Badan Berkanun lain. Pemantauan akan di buat oleh GCERT Agensi yang dilantik.

4. Keahlian CERT Pahang

Keahlian CERT Pahang adalah seperti berikut :
 
(a) Pengarah CERT : Pengurus ICT - SUB(TM
 
(b) Pengurus CERT : Pegawai Keselamatan ICT Pejabat SUK Pahang ICTSO)
 
(c) Ahli Pasukan CERT :
 
1) Pegawai dari Seksyen Portal dan Latihan, Bahagian Teknologi Maklumat, Pejabat SUK Pahang (Web Admin)
 
2) Pegawai dari Seksyen Keselamatan dan Rangkaian, Bahagian Teknologi Maklumat, Pejabat SUK Pahang (Network Admin)
 
3) Pegawai dari Seksyen Pembangunan Sistem, Bahagian Teknologi Maklumat, Pejabat SUK Pahang (System dan DB Admin)
 
4) Pegawai dari Seksyen Sokongan Teknikal, Bahagian Teknologi Maklumat, Pejabat SUK Pahang (Technical dan Backup Admin)
 
5) Wakil Agensi luar Pejabat SUK Pahang
 
Keahlian ini telah mendapat kelulusan dari YB Setiausaha Kerajaan Pahang. Senarai dan pertukaran ahli akan di kemukakan kepada MAMPU untuk tindakan selanjutnya. Laporan mesyuarat akan di bentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT Negeri.
 
Halaman: 1  2