orangegreenblack
helpw3c_new
pusat_peranginan2
Perhimpunan Hari Pekerja 2010 PDF Print E-mail
Wednesday, 26 May 2010 10:21
There are no translations available at this moment.

pic 1 hari pekerja

Bagi menghargai segala peluh keringat dan jasa para pekerja,  tarikh 1 Mei telah diisytiharkan sebagai Hari Pekerja dan dijadikan hari cuti kebangsaan untuk meraikan seluruh pekerja di Malaysia. Seperti kebiasaan, Pejabat SUK Pahang telah terpilih sebagai wakil kontijen Negeri Pahang dalam Perhimpunan Hari Pekerja pada setiap tahun dan tahun ini seramai 50 orang kakitangan dari setiap bahagian dan unit  Pejabat SUK Pahang telah terpilih untuk menyertai kontijen kerajaan negeri Pahang.

Walau bagaimanapun,  satu kelainan yang menarik pada kali ini kerana tidak seperti tahun-tahun yang lepas, Perhimpunan Hari Pekerja Tahun 2010 pada 8 Mei yang lalu diadakan secara besar-besaran di Malaysia Exhibition & Convention Centre (MIECC), Mines Resort City, Selangor dengan temanya Pekerja Inovasi, Pemacu Transformasi. Seawal 7.00 pagi, kontijen Pejabat SUK Pahang telah siap sedia untuk berangkat ke MIECC. Berbekalkan semangat kekitaan dan kesamaan, para peserta bersama kontijen yang lain dari pelbagai jabatan dan agensi, tidak kira awam, swasta dan korporat bergabung tenaga dalam memeriahkan suasana dalam dewan.

pic 2 hari pekerja

Diselang-selikan dengan nyanyian artis negara, ditambahkan dengan muzik yang rancak menaikkan lagi semangat para kontijen untuk melaungkan nama jabatan masing-masing.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia dalam ucaptamanya dengan bangganya melahirkan rasa terima kasih kepada semua pekerja di atas pencapaian negara yang luar biasa pada tahun lepas. Bertepatan dengan tema Hari Pekerja tahun ini, beliau menyeru kepada semua pekerja untuk melihat kepada inovasi iaitu satu faktor penting dalam transformasikan ekonomi negara. Dengan menginovasi produk dan proses merangkumi semua sektor ekonomi, Malaysia mampu bersaing dengan negara ternama yang lain.

pic 3 hari pekerja

Sesudah majlis, kontijen Pejabat SUK Pahang sempat bergambar beramai-ramai di atas pentas berlatarbelakangkan tema Hari Pekerja Tahun 2010 sebagai tanda kenang-kenangan. Semoga perhimpunan kali ini memberikan semangat kerja baru kepada para peserta untuk menjayakan visi dan misi jabatan.
 
 
 

 

Comments
Add New Search
Write comment
Name:
Email:
 
Website:
Title:
UBBCode:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img] 
 
 
Please input the anti-spam code that you can read in the image.

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

Last Updated on Wednesday, 26 May 2010 10:44
 

Add comment


Security code
Refresh