orangegreenblack
helpw3c_new
pusat_peranginan2
Piagam Pelanggan PDF Print E-mail
Tuesday, 02 March 2010 17:04
There are no translations available at this moment.

BAHAGIAN PERANCANG EKONOMI NEGERI
1. Memastikan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan bagi permohonan pelaburan dimaklumkan kepada pelabur dalam tempoh 14 hari bekerja selepas cabutan minit diterima.

BAHAGIAN PERUMAHAN
1. Memastikan borang permohonan PAKR yang lengkap diterima didaftarkan dalam Sistem Perumahan Awam Pahang dalam tempoh 14 hari bekerja daripada permohonan diterima.

2. Memastikan permohonan yang rumah kos rendah Kerajaan / swasta / sederhana rendah yang diluluskan oleh Jawatankuasa Perumahan Negeri/Jawatankuasa Penapisan dan Pemilihan diberi tawaran dalam tempoh 90 hari bekerja dari tarikh kelulusan diterima

BAHAGIAN KERAJAAN TEMPATAN
1. Memastikan anggaran belanjawan tahunan PBT diproses untuk pertimbangan    Pihak Berkuasa Negeri dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh yang ditetapkan.
2. Memastikan penggubalan atau pindaan undang-undang kecil PBT diproses dalam tempoh tiga (3) bulan selepas cadangan/draf diterima daripada PBT berkenaan.


BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
1. Memastikan keputusan Penilaian Tahap Kecekapan dan Perkhidmatan disiapkan dalam 90 hari bekerja.
2. Memastikan proses pengesahan pelantikan jawatan diproses dalam   tempoh 30 hari bekerja.
3. Memastikan pengesahan dalam perkhidmatan, pelanjutan tempoh percubaan, dan pemberian taraf berpencen disiapkan dalam tempoh 45 hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap sebelum dihantar ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang/Malaysia.
4. Memastikan proses kelulusan Hadiah Gantian Cuti Rehat diproses dalam tempoh 90 hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
5. Memastikan penempatan anggota lantikan baru dibuat dalam tempoh 90 hari bekerja.
6. Memastikan surat kelulusan persaraan pilihan sendiri setelah diperkenankan oleh KDYMM Sultan Pahang diproses dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh surat t erima perkenan KDYMM Sultan Pahang.


BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
1. Memastikan aduan mengenai kerosakan ICT diberi khidmat bantuan sokongan teknikal dalam tempoh lapan (8) jam bekerja setelah laporan diterima.
2. Memastikan permohonan pembangunan sistem aplikasi yang diterima dibuat kajian dalam tempoh tiga (3) hingga enam (6) bulan.
3. Memastikan khidmat rangkaian digital PahangNet berfungsi 24x7 di semua jabatan kerajaan yang menggunakan perkhidmatan ini.


BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
1. Memastikan baucer bayaran bagi tuntutan yang lengkap diproses dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh tuntutan diterima
2. Memastikan pelupusan dilaksanakan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh surat kelulusan pelupusan diterima.


PEJABAT MENTERI BESAR
1. Memastikan permohonan pindahmilik tanah yang lengkap dokumen diserahkan kepada YAB Menteri Besar dalam masa 14 hari bekerja.


BAHAGIAN SEKRETARIAT MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN DAN DEWAN UNDANGAN NEGERI
1. Memastikan Kertas Kerja yang lengkap dan teratur diangkat ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang selewat-lewatnya 14 hari bekerja.
2. Memastikan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan di hantar ke jabatan/agensi selewat-lewatnya lima (5) hari bekerja selepas keputusan diperakukan.


MAJLIS SUKAN PAHANG
1. Memastikan permohonan bantuan penganjuran kejohanan dan penyertaan ke kejohanan yang lengkap dipertimbangkan untuk kelulusan dalam tempoh 14 hari bekerja.


UNIT AUDIT DALAM
1. Memastikan Laporan Pengauditan disiapkan dalam tempoh 30 hari selepas pengauditan selesai.


UNIT KORPORAT
1. Memastikan aduan pelanggan yang lengkap maklumat diri dikemukakan maklumbalas dalam tempoh 10 hari bekerja.


BADAN KAWALSELIA AIR
1. Memastikan  permohonan  pembangunan  dalam kawasan tadahan air yang lengkap diproses dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja.

2. Memastikan  permohonan  lesen  penggunaan  air  mentah  yang  lengkap  diproses dalam tempoh 45 hari bekerja.

 

Add comment


Security code
Refresh