orangegreenblack
helpw3c_new
pusat_peranginan2
PERTANDINGAN DAN KLINIK MENEMBAK TERTUTUP KESUKEP PDF Print E-mail
Thursday, 16 July 2009 16:22
There are no translation available at this moment

Image
KENANG - KENANGAN.... Sebahagian besar ahli KESUKEP sempat bergambar bersama Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Pahang.


KAMAR korporat :- Buat julung kalinya Kelab Kebajikan dan Sukan (KESUKEP) Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang telah menganjurkan pertandingan dan klinik menembak tertutup yang dihadiri seramai 150 orang ahli Kelab Kebajikan dan Sukan (KESUKEP) Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang di lapang sasar Majlis Sukan Pahang selama 2 hari bermula pada 11 julai 2009.

Pengerusi Kelab Kebajikan dan Sukan (KESUKEP) Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang, Yang Berhormat Dato’ Muhammad Safian bin Ismail mengucapkan tahniah dan syabas kepada Ahli Jawatankuasa Biro Sukan, Kelab Kebajikan dan Sukan (KESUKEP) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang kerana telah berjaya mengadakan program ini dengan jayanya.

 

Image
TIDAK KIRA PANGKAT... Semua pegawai dan kakitangan sama-sama memberi sokongan kepada pasukan-pasukan bertanding.

”Bukan sesuatu yang mudah untuk memperolehi seramai yang hadir pada hari ini kerana ia memerlukan komitmen yang jitu daripada pengurusan atasan sehingga ke peringkat bawahan. Program  ini bertujuan merapatkan hubungan antara kakitangan awam yang bernaung dibawah KESUKEP katanya.

Beliau berkata ” Program sebegini juga bukan sahaja berfungsi sebagai medan kegiatan sosial, tetapi turut menjadi medan terbaik untuk mengeratkan kakitangan”

Image
Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Pahang mencuba sendiri pistol yang disediakan oleh pihak Polis Diraja Malaysia.

” Kami bercadang untuk menjadikan pertandingan menembak berkenaan sebagai acara tahunan KESUKEP selain menganjurkan untuk Pejabat Daerah dan Tanah serta Pihak Berkuasa Tempatan tidak lama lagi”

Image
LIMA TERBAIK.... Antara jaguh penembak tepat wanita bersaing dengan penembak lelaki di pertandingan tersebut.

Demikian katanya, ketika di wawancara dalam Pertandingan dan Klinik Menembak tertutup anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan (KESUKEP), Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang di lapang sasar Majlis Sukan Pahang.

Beliau juga menghargai komitmen daripada ahli KESUKEP yang sanggup mengorbankan cuti hujung minggu untuk sama- sama menyertai pertandingan ini dan ramai antara mereka ini baru pertama kali menyertai pertandingan menembak.

Image
Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Pahang mengucapkan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam mengadakan program ini.

”Selepas ini kami bercadang untuk menganjurkan pertandingan memanah dalam waktu terdekat untuk ahli KESUKEP dan juga pertandingan memancing di empangan Chereh, Sg Lembing selepas Aidilfitri nanti.

”Saya berharap program ini terus mendapat kerjasama baik daripada ahli Kesukep dan menjadi pengerat hubungan sesama kakitangan,” katanya.

Comments
Add New Search
Write comment
Name:
Email:
 
Website:
Title:
UBBCode:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img] 
 
 
Please input the anti-spam code that you can read in the image.

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

Last Updated on Friday, 19 March 2010 12:34
 

Add comment


Security code
Refresh