orangegreenblack
helpw3c_new
pusat_peranginan2
Client Charter PDF Print E-mail
Wednesday, 24 February 2010 16:15

There are no translation available at this moment


  1. Melaksanakan urusan penempatan calon lantikan baru yang telah ditawarkan jawatan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang dalam tempoh 90 hari bekerja dari tarikh surat tawaran Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang.
  2. Memperaku dan mengemukakan permohonan Pengesahan Pelantikan jawatan yang mempunyai dokumen lengkap dan betul kepadaSuruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima dari Ketua Jabatan.
  3. Memperaku dan mengemukakan permohonan Pengesahan Dalam Perkhidmatan, Pelanjutan Tempoh Percubaan dan Pemberian Taraf berpencen yang mempunyai dokumen lengkap dan betul kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang / Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima dari Ketua Jabatan.
  4. Mengemukakan surat kelulusan permohonan yang mempunyai dokumen lengkap dan betul perkiraannya bagi Hadiah Gantian Cuti Rehat yang tidak dihabiskan kepada bakal pesara dalam tempoh 40 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
  5. Mengemukakan Surat Kelulusan Persaraan Pilihan Sendiri setelah diperkenan oleh Kebawah Duli Maha Mulia Sultan Pahang dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh surat perkenan Kebawah Duli Maha Mulia Sultan Pahang.
  6. Memastikan keputusan peperiksaan perkhidmatan akan dikeluarkan dalam tempoh 90 hari dari tarikh calon menduduki peperiksaan.
  7. Memastikan keputusan Peperiksaan Tahap Kecekapan (PTK) akan dikeluarkan dalam tempoh 90 hari dari tarikh calon menduduki peperiksaan.
  8. Menyelesaikan kajian permohonan penyusunan semula organisasi yang lengkap dalam tempoh 3 bulan.
  9. Menyelesaikan kajian perjawatan yang lengkap dalam tempoh 3 bulan.
  10. Menyelesaikan urusan pindaan kepada syarat-syarat skim perkhidmatan dalam tempoh 2 bulan.
  11. Menyelesaikan urusan pelonggaran syarat skim perkhidmatan yang lengkap maklumatnya dalam tempoh 3 bulan.
Last Updated on Tuesday, 24 August 2010 08:33
 

Add comment


Security code
Refresh