| HRMIS | |
| HRMIS New | |
| Contact Us | |
| e-Services | |
| e-Vote | |
| Pahang Database | |
| Asset Management | |
| ICT Helpdesk | |
| Trainee Information |
CLUB/ ASSOCIATION
| Seminar Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) Peringkat Negeri Pahang Tahun 2009 |
|
|
|
| Friday, 20 February 2009 16:00 | ||||||
|
There are no translation available at this moment
Yang Hormat Dato’ Dr. Ismail bin Alias, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia diapit oleh Setiausaha Kerajaan Pahang, Yang Berhormat Dato’ Muhammad Safian bin Ismail (kiri) serta Yang Amat Arif Ketua Hakim Syarie, Yang Hormat Dato Haji Abdul Hamid bin Haji Abdul Rahman (kanan) semasa hadir ke Seminar Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur Tahun 2009.
KAMAR korporat :- Setiausaha Kerajaan Pahang, Yang Berhormat Dato’ Muhammad Safian bin Ismail mengucapkan selamat datang kepada Yang Hormat Dato’ Dr. Ismail bin Alias, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia dan rombongan beliau ke Negeri Pahang Darul Makmur sempena dengan Majlis yang julung kali diadakan iaitu Seminar Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur Tahun 2009.
Beliau berkata, fokus pelaksanaan HRMIS di Negeri Pahang adalah untuk memastikan kesemua data asas iaitu melibatkan modul data perjawatan, modul profil peribadi dan modul rekod perkhidmatan dapat di muat naik ke dalam HRMIS. Ia juga melibatkan ke semua Pengurus Sumber Manusia Agensi dan pemilik kompetensi iaitu kita sendiri, semua penjawat awam tanpa mengira status gred dan pangkat. Dalam pada itu di peringkat Pejabat Setiausaha Kerajan Pahang, semua data asas telah pun lengkap dan dikemaskini serta modul Cuti HRMIS sedang digunapakai secara percubaan di pejabat ini. Sekiranya percubaan tersebut berjalan lancar, perluasan ke peringkat jabatan dan agensi akan bermula pada Mei 2009. Bagi tahun 2009 ini juga, Modul Perisytiharan Harta dan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) juga diperluaskan secara berperingkat ke seluruh pentadbiran negeri.
Mengulas mengenai bengkel ini, Muhammad Safian berharap semoga seminar ini dapat memacu ke arah pelaksanaan dan perluasan aplikasi HRMIS di Negeri Pahang Darul Makmur di semua peringkat baik Perkhidmatan Awam Negeri, Badan Berkanun Negeri mahupun Pihak Berkuasa Tempatan. Sementara itu, Yang Hormat Dato’ Dr. Ismail bin Alias, Timbalan Pengarah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, berkata dalam lebih masa lima tahun diambil untuk membangunkan HRMIS sebagai satu sistem pengurusan manusia yang standard dan digunakan oleh semua lebih 700 agensi seluruh negara. Kerajaan juga telah membelanjakan lebih RM 60 juta dalam tempoh tersebut untuk kajian dan pembangunan sistem ini. 'Oleh yang demikian, pelaksanaan HRMIS menjadi platform bagi membolehkan semua data dan maklumat disimpan dalam satu Pangkalan Data Nasional Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam serta bersama-samalah kita untuk berganding bahu untuk menjayakan pelaksanaan misi HRMIS ini. Mudah-mudahan seminar ini mencapai matlamat dan tuan/puan mendapat kefahaman yang jelas dalam menjalankan tugas yang diamanahkan' katanya lagi. Demikian katanya, ketika berucap dalam Seminar HRMIS Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur 2009 bertempat di Vistana Hotel disini. Turut hadir, Yang Amat Arif Ketua Hakim Syarie, Yang Hormat Dato’ Haji Abdul Hamid bin Haji Abdul Rahman, Yang Hormat Dato’ Haji Mohammad Ridzwan bin Haji Mohd. Tahar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang (Operasi) serta semua Pegawai Daerah dan semua Ketua Jabatan Negeri, Pengurus-pengurus Badan Berkanun Negeri serta Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan.
Powered by !JoomlaComment 3.26
3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved." |
||||||
| Last Updated on Wednesday, 12 May 2010 08:29 |




















