| HRMIS | |
| HRMIS New | |
| Contact Us | |
| e-Services | |
| e-Vote | |
| Pahang Database | |
| Asset Management | |
| ICT Helpdesk | |
| Trainee Information |
CLUB/ ASSOCIATION
| Teras SUK |
|
|
|
| Tuesday, 23 February 2010 09:08 |
|
There are no translation available at this moment
Dalam merangka pelan strategik ini, pengurusan Pejabat SUK Pahang telah menggariskan empat (4) strategi teras yang akan menyokong visi dan misi Pejabat SUK Pahang untuk menjadi organisasi terbaik dalam penyampaian perkhidmatan.
Strategi Teras 1 : Meningkatkan keberkesanan Tadbir Urus Organisasi Penambahbaikan sistem penyampaian dan tadbir urus organisasi dikenalpasti menjadi antara faktor utama bagi mencapai hasrat sebagai organisasi terbaik. Peningkatan keberkesanan tadbir urus organisasi merangkumi beberapa aspek penting seperti peningkatan keberkesanan dalam pengurusan kewangan dan pentadbiran am, peningkatan tahap kualiti dalam sistem penyampaian dengan pelaksanaan beberapa elemen kualiti seperti MS ISO, Petunjuk Prestasi Utama (KPI), Amalan 5S, Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dan sebagainya.
Strategi Teras 2 : Melahirkan Penjawat Awam Yang Unggul Pihak pengurusan Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang percaya bahawa permulaan kepada kejayaan sesuatu organisasi adalah bermula daripada individu yang berada dalam organisasi tersebut. Selaras dengan kepercayaan tersebut, bagi mencapai tahap organisasi bertaraf dunia adalah amat penting untuk melahirkan ahli organisasi yang berkualiti dan mempunyai sikap yang betul terhadap tugas dan tanggungjawab masing-masing.
Strategi Teras 3 : Meningkatkan Keberkesanan Penggunaan ICT Dalam Pentadbiran Selain daripada itu, peningkatan keberkesanan tahap penguasaan dan aplikasi ICT juga diberi penekanan atas kesedaran bahawa dalam dunia hari ini aplikasi ICT memainkan peranan utama sebagai ”enabler” dalam pengurusan disamping dapat meningkatkan lagi tahap kecekapan.
Strategi Teras 4 : Memantapkan Perancangan Dan Pembangunan Ekonomi Dan Sosial Perancangan dan pembangunan ekonomi merupakan satu tanggungjawab penting Pejabat SUK Pahang melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) yang diterajui oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan). Selain pembangunan ekonomi, perhatian juga diberikan kepada pembangunan sosial dengan penekanan kepada pembangunan projek rumah kos rendah, pembangunan perbandaran dan pembangunan sukan. |
| Last Updated on Wednesday, 24 February 2010 15:25 |

















