| HRMIS | |
| HRMIS New | |
| Contact Us | |
| e-Services | |
| e-Vote | |
| Pahang Database | |
| Asset Management | |
| ICT Helpdesk | |
| Trainee Information |
CLUB/ ASSOCIATION
| Majlis Penyampaian Sijil MS ISO 9001:2000 PEJABAT TANAH DAN GALIAN PAHANG |
|
|
|
| Friday, 20 February 2009 16:30 | ||||||
|
There are no translation available at this moment TAHNIAH DAN SYABAS Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Muhammad Safian bin Haji Ismail diapit oleh Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Pahang, Datuk Abdul Kadir bin Awang Bakar serta Pegawai Daerah Kuantan, Dato, Hj Zainal Abidin bin Mat @ Gemboh (Kanan) semasa hadir ke Majlis Penyampaian sijil MS ISO 9001:2000 Pejabat Tanah dan Galian di Kompleks Tun Abdul Razak.
KAMAR korporat :- Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato' Muhammad Safian bin Ismail mengucapkan tahniah dan syabas kepada warga Pejabat Tanah dan Galian Pahang kerana telah berjaya memperolehi sijil MS ISO 9001:2000 pada 26 Disember 2008 yang lalu. Beliau berkata, warga PTG seharusnya berbangga dengan kejayaan yang dikecapi setelah bersama-sama bertungkus-lumus menyiapkan segala dokumentasi yang diperlukan seterusnya mengamalkan gaya kerja Sistem Pengurusan Kualiti secara berterusan seperti yang dikehendaki . Selesai sudah upacara perasmian, Dato’ Muhammad Safian bin Ismail memukul 3 kali paluan gong sambil diperhatikan Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Pahang, Datuk Abdul Kadir Awang Bakar serta Pegawai Daerah Kuantan, Dato, Hj Zainal Abidin bin Mat @ Gemboh tanda perasmian program ini.
Memperkatakan sesuatu sambil memerhatikan gambar-gambar kenangan warga PTG untuk mendapatkan persijilan MS ISO 9001:2000 .
Mengulas pengiktirafan sijil berkenaan, Muhammad Safian berharap ia dapat memberi kesan positif dari segi semangat bekerja di kalangan pegawai dan kakitangan PTG. "Untuk memperolehi sijil ini bukannya sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan komitmen jitu daripada pengurusan atasan sehingga ke peringkat bawahan serta kita bersama –sama menjadikan pentadbiran tanah yang terbaik diantara negeri-negeri lain. "Begitu juga untuk mengekalkannya memerlukan usaha berterusan dan bukanlah berhenti sebaik saja sijil diperolehi," katanya. Puan Laily Abd Wahab, pegawai dokumentasi Pejabat Tanah dan Galian Pahang menerangkan sesuatu kepada Dato’ Setiausaha Kerajaan Pahang mengenai dokumen kualiti Pejabat Tanah dan Galian sambil diperhati kan oleh Pengarah PTG.
Katanya, objektif utama ISO ialah untuk mengamalkan budaya sistem pengurusan kualiti secara berterusan. "Tahun ini, banyak lagi pembaharuan yang akan dilakukan supaya sistem penyampaian perkhidmatan dan pentadbiran tanah di Pahang lebih berkualiti," katanya lagi.
Powered by !JoomlaComment 3.26
3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved." |
||||||
| Last Updated on Friday, 19 March 2010 11:37 |
Visitors Yesterday :725
Visitors This Week :3103
Visitors This Month :18826
Total Visitors :108382
















