• Berita Terkini:
Kamar Korporat: UMP raih 15 pingat - Rabu, 15 Mei 2013 09:32
Kamar Korporat: Ibu bapa perlu beri layanan adil kepada... - Selasa, 14 Mei 2013 09:03
Kamar Korporat: Badan pemantau iktiraf PRU-13 - Khamis, 09 Mei 2013 11:12
Kamar Korporat: SPR: 84.84 peratus mengundi pada PRU13 - Isnin, 06 Mei 2013 20:39
Kamar Korporat: Najib angkat sumpah sebagai PM di Istana... - Isnin, 06 Mei 2013 16:52
Kamar Korporat: Najib Pertahan Kerusi Parlimen Pekan Dengan Majoriti... - Isnin, 06 Mei 2013 02:20
Kamar Korporat: BN Pahang Terus Cemerlang - Isnin, 06 Mei 2013 02:17
Kamar Korporat: 10,000 hadir Himpunan Rakyat 1Malaysia bersama TPM... - Jumaat, 03 Mei 2013 08:50
Kamar Korporat: RM11.1 juta bantu pekebun kecil - Khamis, 02 Mei 2013 08:56
Kamar Korporat: KSN: Kenaikan elaun penjawat awam masih dibincang - Rabu, 01 Mei 2013 23:33
bantuan emel   Bahasa Malaysia Hijau Biru Merah w3c   mobile

aduanSMS
aduanSMS

kempensenyum
kempensenyum

spr
spr

aduan Pahang
aduan Pahang

webmail
webmail
Anda disini: Laman Utama Berita MASSA Pasukan Bola Sepak Pahang Bermula Garang

Berita

Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com
  • UMP raih 15 pingat

    KUANTAN 14 Mei 2013 - Universiti Malaysia Pahang (UMP) terus mencipta kejayaan apabila para penuntutnya meraih 15 pingat dalam Pameran…

    Baca lagi...

Pasukan Bola Sepak Pahang Bermula Garang

pic 1 bola

Penyerang Pahang, Abdul Malik Mat Arif melepaskan diri daripada pertahanan Pasukan Terengganu pada Kejohanan Bola Sepak SUKMA ke 15 semalam

 

KUANTAN ...Acara bola sepak Sukan Malaysia (Sukma) membuka tirai semalam dengan tujuh perlawanan dilangsungkan termasuk perlawanan tumpuan aksi Kumpulan A, Pahang menentang Terengganu.

Dalam perlawanan dua jaguh pantai Timur itu, skuad Tok Gajah membenam jiran mereka yang juga juara bertahan Sukma, Terengganu dengan jaringan selesa 3-0.

Pahang membuka jaringan menerusi pemain penyerang, Mohd. Shafie Zakaria yang kemudian disusuli ketua pasukan Abdul Malik Mat Ariff.

Pahang melengkapkan aksi bergaya mereka pada perlawanan pembuka tirai itu dengan jaringan oleh Norfahme Hadzrin Nordin.

Berangkat menyaksikan perlawanan derby Pantai Timur itu ialah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Perpaduan negeri, Datuk Wan Adnan Wan Mamat.

Selain bola sepak, acara hoki lelaki akan membuka gelanggang di Stadium Hoki Wisma Belia hari ini dengan 15 pasukan mengambil bahagian.

Sukma Pahang yang berlangsung secara rasmi 7 hingga 16 Julai ini menawarkan 1,207 pingat keseluruhan dengan 377 pingat emas, 377 perak, 453 gangsa yang berlangsung di tiga daerah Pekan, Temerloh dan Kuantan dengan penglibatan seramai 5,828 atlet dan pegawai dari 15 kontinjen yang bertanding termasuk Brunei.

Sebanyak 21 acara bakal berlangsung di Kuantan manakala dua di Temerloh iaitu berbasikal dan pencak silat manakala satu, angkat berat di Pekan.

Jumlah capaian kepada halaman ini: 906
Tarikh akhir dikemaskini pada: 23-05-2013
Portal MYGOV Laman Web Ketua Setiausaha Malaysia Laman Web PEMUDAH Portal Rasmi MAMPU MSC Malaysia Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam Laman Web Institut Integriti Malaysia (IIM) Laman Web 1Malaysia Laman Web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Laman Web Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia Laman Web Biro Pengaduan Awam

Hakcipta © Terpelihara 2013 Kerajaan Negeri Pahang
Portal Rasmi ini sesuai dilayari oleh pada pelayar web Internet Explorer 8.0 dan Mozilla Firefox 3.0 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1152 x 864 dan ke atas.
Penafian: Kerajaan Negeri Pahang tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan/ kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam web ini.
Diselenggara oleh: Bahagian Teknologi Maklumat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang

iso Google-Maps-icon