• Berita Terkini:
Kamar Korporat: Exco Negeri Pahang Yang Baru - Khamis, 23 Mei 2013 14:46
Kamar Korporat: UMP raih 15 pingat - Rabu, 15 Mei 2013 09:32
Kamar Korporat: Ibu bapa perlu beri layanan adil kepada... - Selasa, 14 Mei 2013 09:03
Kamar Korporat: Badan pemantau iktiraf PRU-13 - Khamis, 09 Mei 2013 11:12
Kamar Korporat: SPR: 84.84 peratus mengundi pada PRU13 - Isnin, 06 Mei 2013 20:39
Kamar Korporat: Najib angkat sumpah sebagai PM di Istana... - Isnin, 06 Mei 2013 16:52
Kamar Korporat: Najib Pertahan Kerusi Parlimen Pekan Dengan Majoriti... - Isnin, 06 Mei 2013 02:20
Kamar Korporat: BN Pahang Terus Cemerlang - Isnin, 06 Mei 2013 02:17
Kamar Korporat: 10,000 hadir Himpunan Rakyat 1Malaysia bersama TPM... - Jumaat, 03 Mei 2013 08:50
Kamar Korporat: RM11.1 juta bantu pekebun kecil - Khamis, 02 Mei 2013 08:56
bantuan emel   Bahasa Malaysia Hijau Biru Merah w3c   mobile

aduanSMS
aduanSMS

kempensenyum
kempensenyum

spr
spr

aduan Pahang
aduan Pahang

webmail
webmail
Anda disini: Laman Utama Berita Kamar Korporat Rumah PR1MA Bakal Di Bina Di Kuantan

Berita - Kamar Korporat

Rumah PR1MA Bakal Di Bina Di Kuantan

ROMPIN 14 Ogos - Golongan berpendapatan sederhana rendah dan rendah di negeri ini bakal memiliki kediaman sendiri apabila Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) akan dibina di Kuantan tidak lama lagi.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis berkata, kajian sedang dilakukan pihaknya dengan kerajaan negeri bagi meneliti kesesuaian serta kaedah tertentu untuk melaksanakan projek tersebut.

Menurut beliau, pelaksanaannya mungkin berbeza dengan di Lembah Klang kerana ia akan merangkumi faktor kos harga tanah, pendapatan rakyat serta kemampuan mereka untuk memiliki kediaman PR1MA.

"Kita mengenal pasti beberapa tapak di Kuantan untuk dipertimbangkan bagi menjalankan projek tersebut. Namun, kajian terhadap pendapatan purata penduduk di daerah itu sedang dilakukan bagi mengenal pasti jenis rumah yang sesuai untuk dibina.

"Pembinaan rumah tersebut akan dibuat mengikut kemampuan pembeli dan semestinya ia tidak membebankan mereka untuk membayar kediaman sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama penduduk daerah ini di Dewan Jubli Perak Rompin, di sini kelmarin.

Turut berangkat, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta dua anakandanya, Tengku Hassanal Tengku Abdullah dan Tengku Muhammad Iskandar.

Pada majlis sama, Tunku Azizah bersama Tengku Hassanal Tengku Muhammad Iskandar berkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada penduduk daerah ini yang kurang berkemampuan, warga emas dan anak yatim.

Jamaluddin yang merupakan Ahli Parlimen Rompin berkata, rumah tersebut akan dijual pada harga lebih murah antara 10 hingga 20 peratus berbanding harga pasaran yang mana ia akan dibina bercirikan konsep Komuniti 1Malaysia.

"Dalam perumahan itu nanti, terdapat pelbagai prasarana disediakan seperti Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), masjid, pondok pengawal keselamatan serta kemudahan kepada penduduk di situ," katanya.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka merasmikan majlis pecah tanah program tersebut.

Jumlah capaian kepada halaman ini: 3488
Tarikh akhir dikemaskini pada: 23-05-2013
Portal MYGOV Laman Web Ketua Setiausaha Malaysia Laman Web PEMUDAH Portal Rasmi MAMPU MSC Malaysia Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam Laman Web Institut Integriti Malaysia (IIM) Laman Web 1Malaysia Laman Web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Laman Web Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia Laman Web Biro Pengaduan Awam

Hakcipta © Terpelihara 2013 Kerajaan Negeri Pahang
Portal Rasmi ini sesuai dilayari oleh pada pelayar web Internet Explorer 8.0 dan Mozilla Firefox 3.0 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1152 x 864 dan ke atas.
Penafian: Kerajaan Negeri Pahang tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan/ kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam web ini.
Diselenggara oleh: Bahagian Teknologi Maklumat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang

iso Google-Maps-icon