Kandungan Jurnal

mail mail

Kandungan Jurnal

HARI INOVASI PERINGKAT NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR

Pejabat SUK Pahang melihat pembudayaan inovasi kepada rakyat Negeri Pahang perlu diadakan sebagai usaha unutk mendidik dan menyemai kesedaran dan kepentingan inovasi dan kreativiti sebagai salah satu tunjang pencapaian negara maju sepeti disasarkan dalam Wawasan 2020.

Sehubungan itu, Hari Inovasi Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur  telah diadakan pada 13 – 14 Oktober 2014 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah. Ianya merupakan julung kali diadakan diNegeri Pahang dan telah dirasmikan oleh YAB. Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Diraja Haji Adnan bin Haji Yaakob manakala Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah oleh YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato' Sri Muhammad Safian bin Ismail.

Hari Inovasi Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur telah berjaya menghimpunkan sebanyak 64 penyertaan yang dipecahkan kepada kategori akar umbi, kategori perkhidmatan, kategori produk dan kategori sekolah. Daripada jumlah tersebut sebanyak 40 kategori disenaraipendek untuk dipertandingkan.

Pihak Kerajaan Negeri telah menyumbangkan hadiah kepada 10 tempat terbaik dan 1 geran pembangunan kepada produk yang mempunyai nilai tambah dan berupaya dipasarkan secara meluas.

Senarai 10 inovasi terbaik adalah seperti berikut :

 

1.    Safety Ampule Cutter Kit (SAC KIT) - Hospital Jengka

2.    Stiker Permit Meja - Majlis Daerah Bera

3.    Transit Killer Rat -  Majlis Perbandaran Kuantan

4.    Peralatan Membuka Coil Spring Shock Absorber - Majlis Perbandaran Kuantan

5.    Papan Iklan Bersistematik - Majlis Daerah Bera

6.    Smart Bag  - SK Sungai Gau, Temerloh

7.    Sisi – Kur - Pejabat Daerah dan Tanah Pekan

8.    VS Kool - Jabatan Pengairan dan Saliran Pahang

9.    Membina Semula Terowong Sg. Lembing - Majlis Perbandaran Kuantan

10. E-Lesen - Majlis Perbandaran Kuantan

 

ADAKAH ANDA SEORANG YANG BERINOVASI?

Sekiranya anda mempunyai idea inovasi untuk diketengahkan, silalah kemukakan idea tersebut kepada :

 

Unit Korporat
Blok C Wisma Sri Pahang
Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang
25503 Kuantan

atau e-melkan ke alamat :

sukkorporat[dot]pahang[dot]gov[dot]my