Journal Content

mail mail

Journal Content

MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ)

  • FUNGSI MBJ

 

MBJ menitikberatkan aspek kebajikan para pekerja dalam sesebuah organisasi. Masalah yang boleh dibincangkan di dalam MBJ adalah meliputi semua perkara yang berkaitan dengan keadaan bekerja kecuali menyentuh dasar Kerajaan atau hal peribadi.

 

  • KEAHLIAN MBJ

 

Perwakilan Pihak Pegawai dan Pihak Pekerja di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang dipilih melalui konvensyen yang diadakan dua (2) tahun sekali. Bagi Perwakilan Pihak Pekerja, keutamaan diberikan kepada ahli-ahli Kesatuan atau Persatuan kakitangan berdaftar yang mewakili keseluruhan pekerja di dalam organisasi.

 

  • KEKERAPAN MESYUARAT

 

Mesyuarat MBJ diadakan setiap tiga (3) bulan iaitu sebanyak empat (4) kali setahun. Satu salinan minit mesyuarat akan dikemukakan ke JPA tidak lewat daripada dua (2) minggu selepas mesyuarat diadakan bagi tujuan penyediaan laporan dan pemantauan.