« Back

Istiadat Pengurniaan Darjah-darjah Kebesaran dan Pingat Kepada Para Penerima Sempena Sambutan Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang

Pekan, 16 Disember – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang berkenan mengurniakan Darjah-darjah Kebesaran dan Pingat kepada para penerima sempena Sambutan Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.

Pada Istiadat yang telah diadakan di Balairung Seri Istana Abu Bakar, Pekan,  seramai 21 orang penerima dikurniakan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia – Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P) yang membawa gelaran Dato' Sri.

Mendahului senarai penerima ialah Yang Berbahagia Datin Seri Utama Datuk Anggraini Binti Sentiyaki. Antara penerima lain kurniaan S.S.A.P ialah Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang, Yang Berhormat Dato' Shamsulbahri bin Haji Ibrahim serta 6 orang Ahli Mesyuarat Kerajaan Pahang iaitu Yang Berhormat Dato' Haji Shafik Fauzan bin Haji Sharif, Yang Berhomat Dato' Abu Bakar bin Haji Harun, Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Johari bin Haji Hussain, Yang Berhormat Dato' Norolazali bin Sulaiman, Yang Berhormat Dato' Shahaniza binti Shamsuddin dan Yang Berhormat Dato' Syed Ibrahim bin Syed Ahmad.

Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia – Peringkat Pertama Sri Indera Mahkota Pahang (S.I.M.P) yang membawa gelaran Dato' Indera, antara penerimanya  ialah Pengarah Urusan APEX Capacity Sdn. Bhd, Yang Mulia Tengku Dato' Yusof bin Tengku Zainal Karib Shah dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia, Yang Hormat Laksamana Madya (M) Dato' Mohd Taha bin Ibrahim.

Bagi penerima Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia - Peringkat Kedua Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (D.S.A.P) yang membawa gelaran Dato', antara penerimanya ialah Tmbalan Pengarah (Risikan/Operasi/Jenayah Siber dan Multimedia) Jabatan Siasatan jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, Yang Hormat DCP Dato' Saiful Azly bin Haji Kamaruddin dan Timbalan Penagrah Pengurusan Ibu Pejabat Poli Diraja Malaysia bukit Aman, Yang hormat DCP Dato' Mohd Roze bin Shaari.

Bagi penerima Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia – Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) yang membawa gelaran Dato', antara penerimanya ialah Pengarah KGSS Venture Holdings Sdn. Bhd, Yang Mulia Tengku Ferozdin bin Tengku dato' Abdul Rahim, Ketua Pegawai eksekutif FELCRA Berhad, yang Berbahagia Datuk Zulkarnain bin Md Eusope dan Pengarah jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Kelantan, Yang Berbahagia Dato' Mohd Nasir bin Yusoff.

Lain-lain penerima darjah-darjah kebesaran dan pingat-pingat Negeri Pahang Darul Makmur di kalangan ketua jabatan dan kakitangan Pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang adalah seperti berikut :

Pingat Jasa Kebaktian (PJK)

1. Yang Berbahagia Datin Norela binti Ahmad

2.  Encik Mohd Zainal bin Mohammad Ali

3. Puan Norazizah binti Daud

4. Puan Norfaizah binti Mat Dewa