« Back

Pencarian Atlet Menembak Negeri Pahang Di Kejohanan Menembak Terbuka Selangor 2017 Sport Excel/Milo/NSAM 5th Malaysian Junior Shooting Championship 2017

SUBANG, 17 Disember 2017 –  Kejohanan Menembak Kebangsaan melabuhkan tirainya untuk tahun 2017 dengan memenangi sebanyak 22 pingat emas yang dipertandingkan bagi kategori junior. Menyaksikan Pasukan Menembak SUKMA Pahang merangkul 10 Emas, 7 Perak, dan 4 Gangsa. Pasukan Pahang mengatasi Negeri Perak yang berada di tempat ke-2 dengan 5 pingat Emas serta negeri Johor di tempat ke-3 dengan 4 pingat Emas. 

Pasukan Menembak SUKMA Pahang telah menjalani latihan pusat di Lapang Sasar Bukit Ayer, Perlis selama 2 minggu bagi persiapan menghadapi Temasya SUKMA XIX Perak 2018 sebelum berangkat ke kejohanan dilihat mampu mengekalkan prestasi dengan menjuarai tempat pertama di dalam kelima – lima sirkit yang disertai pada tahun 2017.

Hasil latihan pusat di Perlis menunjukkan peningkatan jumlah mata bidikan yang dilakukan para penembak SUKMA Pahang di kejohanan ini peningkatan secara konsisten.  Walau bagaimanapun latihan secara konsisten para penembak harus diteruskan kerana ujian sebenar adalah pada Temasya SUKMA XIX Perak 2018. Sukan menembak adalah tunjang kontinjen Pahang di dalam pencarian pingat emas di dalam temasya dwi tahunan SUKMA yang berprestij tersebut. 

Bagi kategori senior iaitu Kejohanan Menembak Terbuka Selangor, pasukan Pahang berada di tempat ke-3 di belakang pasukan Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Di Raja Malaysia. Keputusan ini menunjukkan satu prestasi memberansangkan di mana pasukan yang dibarisi atlet muda mampu memberi saingan sengit kepada pasukan senior yang puratanya diwakili atlet-atlet Negara.

 

This Content Available in Malay Version Only