« Back

Kejohanan 18th Milo International Junior All Stars Bowling Championship 2017

PETALING JAYA, 10 Disember 2017 – Satu kejohanan Tenpin Boling bertaraf dunia telah diadakan di Sunway Megalanes, Sunway Piramid, Petaling Jaya, Selangor. Kejohanan 18th Milo International Junior All Stars Bowling Championship 2017 yang berlangsung bermula 29 November sehingga 10 Disember itu telah disertai sebanyak 51 Pasukan daripada dalam dan luar Negara seluruh dunia seperti Negara Britain, Australia, serta Negara-negara daripada rantau Asia. 

Shahrukh Amin bin Zulkifli daripada Pahang telah mencipta sejarah setelah dinobatkan juara keseluruhan kejohanan dengan melakukan mata 229 jatuhan pin pada aksi final mengatasi Jeong Tae Hwa dari Korea Selatan. Sekali gus membawa pulang wang berjumlah RM 35000.00 bersama dua trofi kejohanan. Pencapaian ini dilihat satu batu lonjakan kepada beliau di dalam prestasi sukan berikutan penyertaannya di Kejohanan SUKMA XIX Perak 2018 dan juga SUKMA Johor 2020. Pencapaian beliau amat membanggakan sekali gus membawa sinar harapan di dalam arena Tenpin Boling Negara pada masa hadapan. 

 

This Content Available in Malay Version Only