« Back

Kejohanan 1 'Asian Boules Sport Confederation Championship

BANGKOK, 12 Disember 2017 – Kejohanan Sukan Petanque bertaraf antarabangsa telah diadakan di Bangkok Thonburi University pada 9-12 Disember lalu di Thailand. Dua orang atlet daripada negeri Pahang telah dihantar untuk mewakili Malaysia bagi kejohanan tersebut iaitu Ahmad Hafizul Aizam Ahmad dan juga Nur Thahira Tasnim Abdul Aziz. Kedua-dua orang atlet muda ini telah menunjukkan prestasi yang cemerlang apabila membantu pasukan masing-masing untuk pingat Perak bagi acara Shooting Mens Youth Team dan juga pingat Gangsa bagi acara Triples Womens Team. 

Kejayaan ini menunjukkan prestasi memberangsangkan buat Nur Thahira Tasnim setelah dinobatkan Olahragawati Harapan Sukan Pahang 2015-2016 lalu. Semoga kedua-dua atlet ini terus bersinar di peringkat dunia.

 

This Content Available in Malay Version Only