Journal Content

Please enter a keyword to search:

Asset Publisher

« Back

Majlis Penyampaian Insentif Kemenangan Sukan (Sukan Malaysia) bagi Pengurus dan Jurulatih Sukan Malaysia XVIII, 2016 Sarawak

MAJLIS PENYAMPAIAN INSENTIF KEMENANGAN SUKAN (SUKAN MALAYSIA) BAGI PENGURUS DAN JURULATIH SUKAN MALAYSIA  XVIII, 2016 SARAWAK

 

KUANTAN, 16 Januari– Kerajaaan Negeri Pahang telah menyalurkan insentif bernilai          RM 62,300.00 kepada 17 pengurus dan 43 jurulatih di Majlis Penyampaian Insentif Kemenangan Sukan (Sukan Malaysia) bagi Pengurus dan Jurulatih Sukan Malaysia  XVIII, 2016 Sarawak bertempat di Hotel MS Garden, Kuantan yang melibatkan 16 pasukan yang telah memenangi pingat di temasya tersebut.

 

Insentif kemenangan telah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, YB. Dato' Haji Mohd Johari Bin Hussain. Beliau berharap insentif tersebut dapat menjadi pembakar semangat kepada pihak pengurus dan jurulatih bagi setiap sukan untuk mempamerkan keputusan yang lebih cemerlang di kejohanan SUKMA yang akan datang. Di jangka akan di adakan di Negeri Perak Darul Ridzuan pada tahun 2018.

 

Sebanyak16 sukan yang terlibat dalam pemberian insentif SUKMA ialah, menembak, angkat berat, pencak silat, olahraga, berbasikal, gimnastik artistik, tinju, bola tampar wanita, petanque, memanah, taekwando, perahu layar, skuasy, tenpin bowling, wushu dan karate.

 

Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan dan kejurulatihan atas pencapaian yang membanggakan bagi mengharumkan nama Negeri Pahang pada temasya Sukan Malaysia XVIII, Sarawak 2016 yang lalu, Turut hadir, Pegawai Kemajuan Negeri Pahang, YH. Dato' Haji Zulkifli bin Haji Yaacob, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan, YH. Dato' Haji Fadzilla bin Haji Salleh, Pengarah Majlis Sukan Pahang, Encik  Mohamed Rashdan bin Mohamed Razali, pegawai-pegawai serta atlet-atlet. 


Journal Content