Journal Content

Please enter a keyword to search:

Asset Publisher

« Back

Majlis Bakti Dikenang Budi Disanjung Tahun 2016

KUANTAN, 8 Disember – Majlis Bakti Dikenang Budi Disanjung Tahun 2016 telah diadakan pada 8 Disember 2016 bertempat di Dewan SUK Blok C, Wisma Sri Pahang. YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato Sri Muhammad Safian bin Ismail telah hadir bagi memeriahkan majlis anjuran Unit Perkhidmatan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia kerjasama dengan Unit Korporat, Pejabat SUK Pahang.

Majlis tersebut diadakan bagi meraikan pegawai-pegawai yang bersara, pegawai-pegawai yang telah mencapai 25 tahun perkhidmatan serta memperkenalkan pegawai-pegawai baru di Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang. Tujuan majlis ini diadakan bagi memberi penghargaan dan mengenang jasa-jasa yang telah disumbangkan kepada penjawat awam yang telah bersara daripada Pekhidmatan Awam, secara amnya dan Pejabat SUK Pahang secara khasnya. 

Selain itu, majlis ini juga bertujuan memberi penghargaan kepada Penjawat Awam yang telah mencapai tempoh 25 tahun dalam Perkhidmatan Kerajaan serta memperkenalkan pegawai-pegawai baru yang telah ditempatkan ke Pejabat SUK Pahang. 

Seramai lebih kurang 90 orang peserta yang terdiri daripada 10 orang pesara, 22 orang pegawai yang telah berkhidmat melebihi tempoh 25 tahun dan 57 orang pegawai baru. Turut hadir dalam Majlis tersebut,  Timbalan SUK (Pengurusan), Setiausaha-Setiausaha Bahagian serta pegawai dan kakitangan Pejabat SUK Pahang.

 

This Content Available in Malay Version Only

Journal Content