Journal Content

Please enter a keyword to search:

Asset Publisher

« Back

Kursus Sains Sukan Tahap 1

KUANTAN, 3 April– Akademi Kejurulatihan Kebangsaan di bawah  Institut Sukan Negara (ISN) dengan kerjasama Majlis Sukan Pahang dan Kolej Yayasan Pahang (KYP) telah menganjurkan Kursus Sains Sukan Tahap 1.

Kursus ini bermula pada 3 hingga 7 April yang lalu bertempat di Bilik Rekreasi, Majlis Sukan Pahang. Kursus sains sukan ini merupakan salah satu komponen di bawah Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK). Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan adalah salah satu program pembangunan kejurulatihan yang seragam dan berterusan yang memberi penekanan kepada ilmu Kejurulatihan dan Sains Sukan.

Seramai 55 peserta telah menyertai Kursus Sains Sukan Tahap 1 ini, yang terdiri daripada Para Jurulatih Persatuan Sukan Negeri dan Daerah, guru-guru sekolah, penjawat awam, pelajar-pelajar Universiti (IPTA/IPTS) dan orang perseorangan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam Sukan di Negeri Pahang.

Sepanjang kursus ini, para peserta akan mengikuti 10 sesi pembelajaran yang meliputi falsafah sukan, sukan di malaysia, anatomi dan fisiologi sukan, asas biomekanik, kesesuaian fizikal, pemakanan sukan, kompetensi kejurulatihan, psikologi sukan, tingkah laku motor dan perubatan sukan.

 

This Content Available in Malay Version Only

Journal Content