« Kembali

Permohonan Menduduki Peperiksaan/Ujian

Berkuat kuasa mulai 1 Januari 2017, Lembaga Peperiksaan Perkhidmatan Awam (LPPA) telah menetapkan supaya Penilaian ISAC yang dijalankan oleh INTAN digunakan untuk menggantikan Ujian Menaip (Kederasan 18 p.s.m) bagi Peperiksaan Perkhidmatan Pembantu Tadbir (P/O) Gred N19 dan Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19.
 
Bagi tujuan menduduki ujian ini, calon perlu memohon penilaian ini secara dalam talian melalui portal rasmi ISAC iaitu http://disac.intan.my/isac.
 
Penilaian ini akan dilaksanakan oleh pihak INTAN di Kampus Bukit Kiara, Kampus Wilayah yang terpilih dan di Makmal Komputer Sektor Penilaian Kompetensi yang terletak di Presint 2, Putrajaya.
 
Untuk makluman Tuan/Puan,calon boleh menyemak keputusan penilaian ISAC secara dalam talian iaitu melalui ikon "Semakan Profil dan Keputusan".
 
Maklumat lanjut mengenai penilaian ISAC bolehlah merujuk kepada portal rasmi ISAC seperti berikut http://disac.intan.my/isac.