« Kembali

Notis Penelitian Awam - Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL)

Sukacita dimaklumkan bahawa orang awam dijemput untuk meneliti Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang akan dibuat pembinaan laluan ECRL melalui koridor dari Kelantan ke Selangor termasuk stesen di Wakaf Bharu, Kota Bharu, Jelawat, Tok Bali, Kampung Raja, Penarik, Kuala Telemong, Pengkalan Berangan, Dungun, Kerteh, Kemasik, Chukai, Cherating, Kuantan Port City, Kota SAS, Kuantan Sentral, Gambang, Maran, Mentakab, Bentong, Gombak Utara dan ITT Gombak.

Maklumbalas boleh dihantar kepada MRL selewat-lewatnya 5 Jun 2017. Untuk memudahkan orang awam, maklumbalas juga boleh diserahkan di Tapak Penelitian Awam di lokasi seperti yang tersenarai di bawah. Kakitangan MRL akan sedia membantu di lokasi-lokasi berkenaan. Selain itu, maklumbalas juga boleh di hantar melalui laman sesawang MRL di alamat www.mrl.com.my. Notis Penelitian Awam boleh dilihat di sini.