« Kembali

Kejohanan Interclub Taekwando Championship 2017

NILAI, 17 Disember 2017 – Satu kejohanan sukan Taekwando telah disertai Pasukan Taekwando  SUKMA Pahang pada 15 hingga 17 Disember 2017 di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan. Pasukan Taekwando Majlis Sukan Pahang terus menunjukkan prestasi yang amat memberangsangkan setelah menerima suntikan teknik latihan daripada jurulatih luar iaitu daripada Thailand. 

Pasukan yang dilatih oleh jurulatih Kongpol Khoomkrong dan juga isterinya Busayapat Chuamjai bermula bulan Ogos lalu terus meningkat naik apabila terus menerus memenangi pingat emas pada setiap acara yang disertai pasukan. Sebelum menyertai kejohanan ini pasukan Taekwando SUKMA Pahang terdahulu menyertai kejohanan THAI TAE Open Championship di Thailand pada 3 Disember yang lalu sebagai pendedahan dan persiapan atlet untuk temasya SUKMA XIX Perak 2018 dengan meraih 1 Emas, 4 Perak dan satu piala pemain terbaik. Manakala di kejohanan Interclub Taekwando Championship 2017 pula pasukan ini terus menunjukkan prestasi memuncak dengan menggondol 4 pingat Emas dan 2 Gangsa sekali gus membawa pulang piala juara keseluruhan. 

Walau bagaimanapun, baru-baru ini Menteri Belia & Sukan iaitu YB. Bridged Jeneral Khairy Jamaluddin memutuskan bahawa sukan Taekwando, Angkat Berat dan juga Sepak Takraw telah digugurkan daripada program Sukan Teras Majlis Sukan Negara sekali gus tidak dipertandingkan di Temasya SUKMA XIX Perak 2018. Hal ini sedikit sebanyak menggangu target yang disasarkan oleh Majlis Sukan Pahang pada Temasya SUKMA XIX Perak 2018 tahun hadapan.