« Kembali

Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Dan Pingat-Pingat Negeri Pahang Darul Makmur Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang

PEKAN, 15 Mei – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang berkenan mengurniakan Darjah-darjah Kebesaran dan Pingat-pingat kepada para penerima sempena Sambutan Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.

Pada Istiadat yang telah diadakan di Balairung Seri Istana Abu Bakar, Pekan,  seramai 5 orang penerima dikurniakan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia – Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P) yang membawa gelaran Dato' Sri. Antara penerima kurniaan S.S.A.P ialah Yang Hormat CP (Bersara) Dato' Jalaluddin bin Abdul Rahman, Mantan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia – Peringkat Pertama Sri Indera Mahkota Pahang (S.I.M.P) yang membawa gelaran Dato' Indera, antara penerimanya ialah Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Yang Arif Dato' Haji Ab. Karim bin Haji Ab. Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang, YH. Dato' Haji Abdul Rahim bin Mohd Ali.

Bagi penerima Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia - Peringkat Kedua Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (D.S.A.P) yang membawa gelaran Dato', antara penerimanya ialah Setiausaha Politik kepada YAB. Menteri Besar Pahang,Yang Hormat Dato' Shamsuddin bin Haji Nawawi, Panglima Wilayah 1 TUDM, Yang Hormat Mejar Jeneral Dato' Marsaleh bin Hassim,  Assisten Ketua Staf Bahagian Perancang Pertahanan Markas ATM Yang Hormat Mejar Jeneral Dato' Haji Mohammad Salleh bin Haji Osman dan Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Encik Azhar bin Abdul Manaf.

Bagi penerima Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia – Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) yang membawa gelaran Dato', antara penerimanya ialah Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuantan, Yang Arif Tuan Hassan bin Abdul Ghani, Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang, Yang Amat Arif Dato' Haji Abdul Walid bin Haji Abu Hassan,  Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan (NAHRIM), Yang Berbahagia Datuk Ir. Dr. Azuhan Mohamed,  Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan, KPKT, Encik Abu Bakar bin Johar,  dan Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Puan Hajah Zuraida binti Mokhtar.

Bagi penerima di kalangan ketua jabatan yang berkhidmat di negeri Pahang, antara penerimanya ialah Pegawai Daerah Kuantan, Encik Zaliza bin Zulkipli, Pegawai Daerah Rompin, Encik Mohd Zulkifli bin Hashim, Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Pahang, Tuan Haji Idros bin Yahya, Pengarah Pendidikan dan Latihan Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS)  Laksamana Pertama Maritim Wan Mohd Affandi bin Wan Ahmad, dan Puan Unaizah binti Mohd, Pengarah Mahkamah Negeri Pahang.

Lain-lain penerima darjah-darjah kebesaran dan pingat-pingat Negeri Pahang Darul Makmur di kalangan ketua jabatan dan kakitangan Pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang adalah seperti berikut :

Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia – Peringkat Ketiga Setia Mahkota Pahang (SMP)

1. Yang Mulia Tengku Nor Asmaliza binti Ku Lah

 

Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia – Peringkat Keempat Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP)

1. Encik Zain Mokhsar bin Ahmad  

 

Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia – Peringkat Keempat

Ahli Mahkota Pahang (AMP)

1. Puan Suriani binti Salihan

2. Puan Azlaili binti Daharudin

 

Pingat Khidmat Cemerlang (PKC)

1. Encik Khaidhir Azly bin Daharudin

 

Pingat Kelakuan Terpuji (PKT)

1. Yang Mulia Tengku Norziah binti Tengku Bahaznan Shah

2. Puan Noor Asmah binti Mohamed

 

Pingat Jasa Kebaktian (PJK)

1. Puan Rosziana binti Mustafa Kamar